As Salam

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua kemaafan atas segalanya

Kita telah berada pada pasca pilihanraya. Keputusan telah diketahui. Biarkan kerajaan baru memerintah selama 5 tahun dan memenuhi segala janji utk kesejahteraan rakyat. Elok lah kita letak sebelah perbezaan ideologi politik. Perbezaan itu adalah lumrah. Kadang anak darah daging kita pun berbeza pendapat dgn kita. Rapatkan ukhuwah persaudaraan kita. Jgn kerana soal dunia kita berpecah dan putus persaudaraan kerana tidak masuk syurga org yg memutuskan persaudaraan.

Tempoh 5 tahun tak lama. Entahkan kita masih ada atau sebaliknya utk PRU15. Rakyat akan menghukum dgn kuasa yg ada pada mereka. Jaga rakyat gembirakan hati rakyat….

Pada yg menang tahniah, pada yg tewas cuba lagi. Semua perkara sudah ditulis keputusannya. Telah ada keputusannya dilauhilmahfuz. Cuma kita tidak diberitahu hingga tibalah masanya.

Setelah berusaha maka terimalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Itulah antara rukun iman percaya kpd ketetapan Qada dan QadarNya.

Semoga kita diberi keizinan untuk bertemu dengan Ramadhan yg akan bertamu tak lama lagi.semoga Ramadhan ini Ramadhan yg terbaik untuk kita kerana kita jua tidak tahu sama ada masih adakah peluang kita bertemu Ramadhan pada tahun depan๐Ÿ’š

Iman.

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagiaan dunia akhirat dijauhkan dari azab neraka Nya

*ORANG YANG BERIMAN*

๐Ÿ’šOrang yang beriman tidak akan putus asa apabila ditimpa UJIAN.

โค๏ธOrang yang beriman akan menerima cubaan dengan rasa KEREDHAAN.

๐Ÿ’œOrang yang beriman akan menerima setiap musibah dengan rasa KESYUKURAN.

๐Ÿ’™ Orang yang beriman akan sentiasa malu dengan DOSA-DOSA YANG DI LAKUKAN.

๐ŸงกOrang yang beriman tidak sanggup kehilangan akhirat demi KEDUNIAAN.

๐Ÿ’– Orang yang beriman sentiasa meletakkan PUJI-PUJIAN hanya untuk ALLAH

๐Ÿ’œOrang yang beriman hatinya sentiasa memandang KEBESARAN ALLAH

๐Ÿ–คOrang yang beriman sentiasa dalam ketakutan mengingatkan NERAKA JAHANAM.

๐Ÿ’š Orang yang beriman takut sekiranya kakinya tergelincir LANGKAH PERJALANAN

โค๏ธ Orang yang beriman takut sekiranya diri sendiri lebih diberi KEPENTINGAN.

๐Ÿ’™Orang yang beriman takut sekiranya khilaf menggunakan segala KENIKMATAN๐Ÿ’š

3/4/18

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuhu
โ€ŽุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ูู…ู‘ูŽ ุจูŽุงุฑู ูƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ููŠ ุฑูŽุฌูŽุจูŽ ูˆูŽ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ูˆูŽ ุจูŽู„ู‘ูุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†
“Allahumma Baariklana Fi Rajabba wa Sha’bana wa Baliqnah Ramadhan.”
4โƒฃ3โƒฃ HariLagiRamadhan
1โƒฃ6โƒฃ Rejab 1439H
3โƒฃ April 2018/Selasa
Zikir harian Imam Ghazali
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุกูŽุงู„ู ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ูŽ
Allahuma Solli’ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Ali Sayyidina Muhammadin Wasohbihi Wasallim.
SubhanAllah
Walhamdulillah
WalailahaillAllah
Wallahuakbar

Korek.

NABI SAW KOREK RAHSIA JABIR RA.

Nabi bertanya kepada jabir “Wahai jabir, engkau mahu jualkah unta ini kepada aku?”.

Kata jabir “tak payah dijual ya rasulullah. Aku hadiahkan kepadamu”.

Kata nabi “aku tak mahu, aku nak beli juga daripada engkau”

Lalu kata jabir “kalau begitu terpulanglah berapa harga yang kamu mahu ya Rasulullah”.

Kata baginda nabi SAW “kalau begitu aku beli dengan harga 2 dirham”. ๐Ÿ˜„

Kata jabir “ya rasulullah mana ada harga unta 2 dirham. Kalau nak beli juga biarlah sesuai dengan harga unta itu berapa”.

Duk main tawar tawar sampailah kepada 400 dirham.

Jabir pun setuju, maka nabi pun membelinya. Ini akad yang sudah terjadi tapi belum dibayar. Tawar menawar terlebih dahulu.

Sampai di madinah, nabi bersabda kepada jabir “wahai jabir, tentunya kamu balik rumah isteri kamu sudah menyediakan persediaan dengan elok, dengan rapi. Sudah pasti disediakan tilam, bantal”. (Cara nabi nak korek rahsia kewangan Jabir)

Lalu kata jabir “ya rasulullah dirumah aku tak ada bantal”. (Nampak tak jawapan jabir ini bermakna kewangan dia merosot?)

Kemudian nabi bersabda “insyaAllah akan ada bantal”. (Nabi kata seperti ini adalah cara nabi saw nak tolong Jabir)

Nabi bertanya “wahai jabir kau sudah bernikah?”.

Jabir jawab “sudah ya rasulullah”.

Nabi tanya “kamu kaahwin dgn anak dara atau janda?”.

Kata jabir “dengan janda ya rasulullah”.

Nabi tanya lagi, “kenapa kamu tidak kahwin dengan anak dara?”.

Kata jabir “ayahku meninggal dunia dan meninggalkan anak yang masih kecil. Aku perlu perempuan yang boleh merawat (jaga) adik-adikku yakni aku perlu wanita yang matang/dewasa. Kebanyakan wanita yg sudah matang ialah yang sudah menikah. Kalau yang masih dara masih mahu bermanja-manja. Belum mampu menjaga untuk orang lain”.

Kata baginda Nabi saw “betul tindakan kamu”.

Nabi sebenarnya nak korek ekonomi jabir. Tengok jabir kata apa. Jabir kata rumahnya tak ada bantal maknanya dia orang susah. Kemudian ditanya kenapa kahwin dengan janda lalu jabir jawab untuk jaga adik-adiknya. Banyak kena tanggung. Tanggung adik-adik lagi, tanggung bini lagi.

Nabi ambil tahu tentang sahabat-sahabatnya supaya tahu apa yang boleh dibantu oleh baginda. Kita bersahabat bukan sekadar berkepentingan sahaja. Ada juga orang yang jaga air mukanya takmahu cerita masalah ekonominya kepada orang lain. Pandai-pandai lah berkawan untuk bantu kawan walaupun dia tak bercakap tapi kita kena pandai mengorek rahsianya. Bukan nak tahu hal orang. Bukan untu tajassus (cari aib). Tapi untuk dibantu.

Lalu sampai di madinah jabir pun meletakkan untanya untuk dijual kepada Nabi tadi dihadapan masjid Nabi, lalu Jabir pulang kerumah.

Nabi keluar masjid lalu nampak unta. Nabi tanya sahabat lain “unta siapa ini?”. Kata sahabat “unta Jabir wahai Rasulullah yang telah dijual kepada engkau”.

Nabi ambil duit 400 dirham lalu nabi suruh sahabat hantar kepada jabir. Nabi kata “INI DUIT 400 DIRHAM SEBAGAI BELIAN UNTA INI DAN BAWALAH UNTA INI SAYA HADIAHKAN KEPADA JABIR “.

Dibelinya unta itu dengan duit, lalu diberi semula unta itu kepada jabir kerana unta itu masih diperlukan oleh jabir untuk diperahkan susunya dan untuk dimanfaatkan pada hal-hal lain.

Kenapa nabi korek rahsia jabir? Bukan untuk intai aib tapi untuk membantu jabir dan ingin menjaga air muka jabir bin abdullah. Dibeli dahulu supaya terjaga air mukanya untuk nampak seperti tidak meminta-minta.

Kita ni korek rahsia orang untuk kondem orang. Untuk merosakkan lagi rumahtangga orang. Untuk api2kan orang. Nabi kita korek rahsia sahabat untuk membantu. Jadilah seperti Nabi kita Muhammad al-Mustofa SAW.

Tarikh

*๐Ÿ’ฅ๐ŸŒทTarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Untuk Tahun 2018๐ŸŒท*

*Awal Bulan Rajab (Bulan Haram/Mulia) 1 Rajab 1439H Isnin 19 Mac 2018*

*Isra’ Mi’raj 27 Rajab 1439H Sabtu 14 April 2018*

*Awal Bulan Sya’ban 1 Sya’ban 1439H Selasa 17 April 2018*

*Nishfu Sya’ban 15 Sya’ban 1439H Selasa 1 Mei 2018*

*Awal Bulan Ramadhan 1 Ramadhan 1439H Khamis 17 Mei 2018*

*Nuzulul Qur’an 17 Ramadhan 1439H Sabtu 2 Jun 2018*

*10 Hari Terakhir Ramadhan (Mula) 21 Ramadhan 1439H Rabu 6 Jun 2018*

*10 Hari Terakhir Ramadhan (Tamat) 29 Ramadhan 1439H Khamis 14 Jun 2018*

*Hari Raya Idul Fitri 1 Syawwal 1439H Juma’at 15 Jun 2018*

*Awal Bulan Dzul-Qa’idah (Bulan Haram/Mulia) 1 Dzul-Qa’idah 1439H Sabtu 14 Julai 2018*

*Awal Bulan Dzul-Hijjah (Hari Mula Bulan Haram/Mulia) 1 Dzul-Hijjah 1439H Isnin 13 Ogos 2018*

*10 Hari Awal Dzulhijjah (Hari ke-9 Bulan Haram/Mulia) 9 Dzul-Hijjah 1439H Selasa 21 Ogos 2018*

*Wuquf di ‘Arafah (Puasa Arafah) 9 Dzul-Hijjah 1439H Selasa 21 Ogos 2018*

*Hari Raya Idul Adha 10 Dzul-Hijjah 1439H Rabu 22 Ogos 2018*

*Hari-hari Tasyriq 11, 12, 13 Dzul-Hijjah 1439H Khamis -Sabtu 23-25 Ogos 2018*

*Awal Bulan Muharram (Bulan Haram/Mulia Tahun Baru Islam) 1 Muharram 1440H Selasa 11 September 2018*

*Puasa Tasuโ€™a 9 Muharram 1440H Rabu 19 September 2018*

*Puasa ‘Asyura 10 Muharram 1440H Khamis 20 September 2018*

*๐ŸŒธMaulid Nabi (saw) 12 Rabi’ul-Awwal 1440H Selasa 20 November 2018๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ*